Pages

Sunday 9 May 2010

HARI IBU: SAMBUT ATAU TIDAK SAMBUT?

Terdapat beberapa blog menulis untuk menyambut Hari Ibu. Malah, ada satu surau berdekatan dengan tempat kediaman saya akan turut menyambut Hari Ibu.

Ini mengingatkan saya kepada penulisan beberapa blog tentang Hari Ibu pada tahun lepas, dalam mana saya telah menulis komen-komen (blog saya belum lagi wujud ketika itu) yang menyuarakan keraguan saya terhadap hari tersebut dari sudut Islam. Bersebabkan perenggan 1 di atas, saya terpanggil untuk mengulangi komen tersebut.

Dalam komen saya itu, saya menyoal adakah hari bapa (dan juga hari ibu) disebut dalam Al-Quran dan Hadith dan merupakan amalan orang Islam? Setahu saya, tiada hari bapa dan hari ibu dalam Islam. Dalam Islam, setiap hari adalah hari ibu/bapa. Setiap hari kita wajib menyayangi, mengingati, menghormati dan mentaati ibu bapa kita. Kalau nak ikut logik pun, mengapa mesti kita tunggu hari ibu/bapa untuk mengingati mereka? 


Penulisan komen saya itu adalah berdasarkan beberapa sebab.

Sebab pertama adalah asal usul hari ibu/bapa. Berikut adalah petikan dari laman web Mother's Day:

"The earliest history of Mothers Day dates back to the ancient annual spring festival the Greeks dedicated to maternal goddesses. The Greeks used the occasion to honor Rhea, wife of Cronus and the mother of many deities of Greek mythology. Ancient Romans, too, celebrated a spring festival, called Hilaria dedicated to Cybele, a mother goddess...Early Christians celebrated a Mother's Day of sorts during the festival on the fourth Sunday of Lent in honor of the Virgin Mary, the Mother of Christ. In England the holiday was expanded to include all mothers...The more recent history of Mothers Day dates back to 1600s in England. Here a Mothering Sunday was celebrated annually on the fourth Sunday of Lent (the 40 day period leading up to Easter) to honor mothers..."
Tentang asal usul hari bapa pula:
"The origin of Father’s Day is traced to the ruins in Babylon. A young boy is recorded to have carved a Father’s Day message on a card made out of clay nearly 4000 years ago.  Modern version of Father’s Day celebration originated in Washington in the USA when a woman, Sonora Smart Dodd thought of the idea while listening to a Mother’s Day sermon in 1909. Her father raised six children by himself after the death of their mother. Sonora felt that her father served recognition for what he had done. The first Father’s Day celebration was held on the 19th of June, which happened to be the birthday of Sonora’s father."
Maksudnya, hari ibu merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang barat kafir iaitu masyarakat Greek kuno dan Roman kuno, dan orang yang beragama kristian. Ia juga dikatakan disambut pada zaman Mesir purba.

Sebab kedua adalah sebab hari ibu/bapa diraiikan. Hari ibu diraiikan pada zaman Mesir purba untuk memberi penghormatan kepada Dewi Isis, atau Dewi Cybele di Rom, atau Dewi Rhea di Greek. Di Eropah pula sambutan 'Mother Church' diraikan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan. Hari bapa pula berkait rapa dengan hari ibu kerana idea meraiikannya dicetus oleh perayaan hari ibu. Asal usulnya juga dari barat (kristian) dan ia berperanan sebagai melengkapi (complements) hari ibu. Rujuk antara lain di sini dan sini.


Selain dari sebab-sebab di atas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata:
“Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Penjelasan lanjut Dr. Yusuf boleh dibaca di sini.

Jadi jelaslah bahawa sejarah dan sebab perayaan hari ibu/bapa di barat adalah berlainan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan, sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang barat (kafir). Bila orang barat sambut hari valentine dan hari "april fool" kita pun nak sambut sama! Begitu juga dengan hari ibu/bapa. Tidakkah Rasulullah telah bersabda: "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka” (diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad Hanbal)? Baginda juga bersabda supaya kita bezakan diri dari kaum mushrikin terutama dalam perkara-perkara berkaitan dengan apa-apa simbol atau ritual agama-agama lain (Hadith Muslim).

Sebab ketiga adalah berdasarkan nas-nas dalam Al-Quran dan Hadith. Sungguhpun perayaan hari ibu/bapa nampaknya murni dari pandangan mata kasar kita, tetapi hakikatnya agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja. 


Benar, ilmuwan Islam berbeza pendapat mengenai sambutan hari ibu. Ada yang berpendapat haram kerana ia menyerupai amalan orang bukan Islam dan orang Islam meniru membuta tuli tanpa menyelidik apakah yang ada di sebalik sambutan itu. Lagi pun, tindakan mengambil satu hari dan dinamakan Hari Ibu tidak diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW atau sahabat. 

Pendapat kedua mengatakan harus dan dibolehkan dengan syarat anak menunjukkan penghormatan dan menjaga kebajikan ibu bukan dihadkan pada hari itu saja, tetapi meraikan ibunya sepanjang masa. Cuma pada hari itu dilebihkan penzahiran kasih sayang dan penghormatan berbanding hari lain. Rujuk juga pendapat Dr. 'Abdul Fattah 'Ashoor dari Universiti Al-Azhar di sini.

Sheikh Faysal Mawlawi (Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah), berpendapat semua Muslim wajib menghormati ibu dan bapa masing-masing terutama ibu. Apa yang Islam tidak benarkan adalah kita meniru orang bukan Islam dengan meletakkan satu hari sebagai hari meraikan ibu, seolah-olah hari lain ibu tidak diraikan.

Penghargaan dan penghormatan kepada ibu bapa kita disebut sebanyak 11 kali di dalam Quran (contoh Surah al-Israa':23), dan pada setiap sebutan Allah mengingat anak-anak supaya menghargai keperihatian dan kasih sayang yang mereka terima dari ibu bapa mereka. Jika Allah memberi tekanan sebegitu, tidakkah wajib kita mengingati ibu bapa kita pada setiap detik dan masa?

Sebab keempat adalah keadilan. Adilkah atau tidak kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan, seterusnya perit melahirkan kita, dan kini menatang penuh diri kita, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari saja? Bagaimana jika selepas menyambut hari ibu bapa, kita lakukan dosa terhadap mereka di hari-hari lain, adakah kita mesti tunggu hingga hari ibu bapa pada tahun hadapan untuk meminta maaf? Apa yang akan terjadi jika ibu atau bapa kita meninggal dunia sebelum itu dan kita tidak sempat meminta maaf? Bagaimana jika kita sendiri meninggal dunia sebelum hari ibu/bapa?

Berdasarkan huraian di atas, mahukah kita menghormati ibu bapa kita hanya pada satu hari saja iaitu Hari Ibu?


Selain dari pautan-pautan di atas, sila baca di sini dan sini. Rujuk juga artikel-artikel di laman web Islamonline di sini dan sini. Malah para pembaca boleh dengan mudah menyelidik selanjutnya Hari Ibu dengan carian Google.

4 comments:

  1. izinkan sy copy and paste artikal saudara utk tatapan anak muda skrg...syukran..

    ReplyDelete
  2. Salam Anon 9:13 am,

    Silakan. Lebih luas disebarkan lebih baik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Great Read. I would also like to share my quote on this special day.
    If there was only one flower,

    I would find it.

    If only one star would ignite, I would

    shine it.

    If only a bird would

    speak , I would learn her voice.

    What would be nice and good would

    give it to my mother.

    mothers day 2018 quotes

    ReplyDelete

Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message.