Pages

Friday 30 October 2009

IKRAR LAFAZ TAKLIK PAS

Sudah lama tidak menulis di blog saya, kerana sibuk dengan tugasan dan kemudian jatuh sakit pula. Saya masih berehat dan belum bersedia menulis, tetapi satu isu yang timbul telah menarik perhatian saya dan mendorong saya menulis oleh kerana saya memandang isu ini sebagai sesuatu yang amat serius.

Isu ini adalah ikrar lafaz talik yang diguna pakai oleh PAS dan berbunyi: "Barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan."

Ikrar ini mula didedahkan oleh blog Unspinners pada 4 Sept 09 dan diulangi pada 28 Sept 09 dan hari ini setelah blog Mahaguru58 turut melaporkannya ekoran majlis dialog beliau dan beberapa blogger dengan Dato' Dr. Hassan Ali dan Uztaz Nasharuddin. Blog-blog lain yang juga melaporkannya termasuk Al-Banjari, Cekati Tembaga, Neutral Daily, dan Dimensi. Heboh juga jadinya isu ini dan dilaporkan Dato' Hassan berhadapan dengan tindakan disiplin ekoran kewujudan pita rakaman video majlis dialog tersebut. Neutral Daily, di dalam post terbarunya di sini, menimbulkan soal amanah.

Dengan pendedahan ikrar "special" PAS ini, maka terjawablah soalan mengapa Wakil Rakyat dan ADUN PAS tidak pernah (atau tidak berani) keluar parti dan lompat ke parti lain semenjak PRU 2008. Yang keluar dan lompat parti terdiri dari ahli-ahli PKR dan DAP.

Bab agama ni penulis tidaklah begitu arif sangat dan eloklah rasanya pihak berkuasa agama tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan. Ini disebabkan ikrar seperti ini boleh membawa kesan buruk kepada kedudukan rumah tangga orang-orang yang terlibat. Setahu saya, bila sebut cerai, ia mestilah ada pangkalnya iaitu nikah. Tiada nikah, tiada cerai. Penceraian tidak boleh berlaku jika tiada pernikahan. Jadi kita kenalah rujuk kepada apa yang diwajibkan semasa nikah di mana lafaz taklik diwajibkan oleh pengantin lelaki.

Di Malaysia, taklik terbahagi kepada dua iaitu (1) taklik yang dilafazkan oleh suami dengan pilihannya sendiri, dan (2) taklik yang telah ditetapkan oleh undang-undang tanpa kehendak suami. Lafaz taklik yang kedua inilah yang biasa dibuat selepas akad nikah (ijab kabul) oleh pengantin lelaki. Walau pun setiap negeri mempunyai lafaz taklik masing-masing, umumnya ia mengandungi syarat-syarat yang sama untuk berlakunya taklik (gugurnya talak). Contohnya, di Selangor lafaz taklik berbunyi:
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”
Jika diperhatikan lafaz di atas, talak satu digugurkan jika (1) suami  meninggalkan isteri dengan sengaja dalam tempoh empat bulan berturut-turut tanpa nafkah, dan (2) melakukan kemudaratan fizikal dan mental. Itu pun jika isteri melapurkan kepada mahkamah dan mahkamah mendapati dakwaan itu benar. Tambahan pula, lafaz taklik tidak boleh ditarik balik, dan kuasa untuk membuat lafaz itu hanya ada pada suami.

Jika dikaitkan keterangan di atas dengan ikrar lafaz taklik PAS, timbul berbagai soalan:
  1. Di manakah kaitannya penggugoran talak seperti yang termaktub dalam undang-undang di atas, dengan penggugoran talak kerana "mengkhianati parti dan lompat ke parti lain selepas menang pilihanraya" seperti yang terkandung di dalam ikrar PAS?
  2. Adakah syarat "mengkhianati part dan lompat parti" terkandung di dalam lafaz taklik yang biasa dibuat oleh suami selepas akad nikah? Jika tidak, adakah ikrar PAS itu sah di sisi undang-undang?
  3. Adakah syarat "mengkhianati part dan lompat parti" berdasarkan "fatwa" atau "undang-undang" PAS sendiri yang kita tidak ketahui? Jika benar, tidakkah "fatwa" itu bertentangan dengan undang-undang Islam negara yang sedia ada?
  4. Adakah calon-calon pilihanraya PAS sedar tentang hukum hakam nikah-cerai apabila mereka menandatangani ikrar parti itu? Jika sedar, tidakkah mereka tahu bahawa ia boleh mendatangkan penganyiaian terhadap isteri-isteri mereka? Jika berlaku paksaan dan mereka menandatangani ikrar tanpa rela dan niat untuk mencerai isteri, adakah ikrar itu masih sah?
  5. Siapakah sebenarnya yang melahirkan idea ikrar ini? Siapa dalangnya? Jika pencetusnya adalah orang dalam PAS, tidakkah mereka sedar bahawa ia boleh menghancurkan rumah tangga ahli-ahli mereka sendiri? Tergamakkah mereka berbuat demikian hanya kerana kuasa politik?
Ini adalah sebahagian soalan-soalan yang timbul. Mungkin banyak lagi soalan dari para blogger dan lain-lain pihak. Yang penting, bukan saja PAS perlu menjelaskan kedudukan sebenarnya tentang ikrar ini, tetapi juga pihak berkuasa agama Islam seperti JAKIM perlu tampil menyiasat perkara ini dengan segera. Sikap berdiam diri dari mereka akan membawa kesan yang buruk kepada institusi kekeluargaan Islam yang sepatutnya dipelihara dengan baik oleh orang Islam sendiri.

Friday 9 October 2009

ILMU UNTUK DIKONGSI BERSAMA DARI SEORANG HAMBA ALLAH

Dari satu email dari seorang rakan, saya perturunkan di bawah tulisan beliau bertajuk "Ilmu untuk dikongsi bersama dari seorang hamba Allah", untuk renungan dan panduan kita bersama. Terima kasih kepada rakan tersebut kerana mengingatkan.
Salam... Saudaraku. Pesanan terbaik dari seorang rakan...
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru-baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya surah Tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, Surah Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada Surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.
Ketiga, kekuatan fizikal. Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Pesanan Pak Cik tersebut amatlah baik dijadikan panduan. Memang benar banyak yang sudah pun mengetahui apa yang disampaikan oleh beliau, tetapi berapa banyakkah yang benar-benar mengamalkannya, terutama di kalangan ahli-ahli politik Melayu-Islam? Jika benar dan ikhlas mereka mengamalkannya, tidaklah terjadinya keadaan politik Melayu-Islam di negara ini yang berpecah-belah tanpa ada jalan penyelesaian.
 
Bagi parti yang berlabel Islam yang nampaknya mengamalkan tabiat hentam-menghentam dan sikap agresif serta tidak menyedari muslihat pihak kafirun, ayat "untukmu agamamu, untukku agamaku" di dalam Surah Al-Kafirun adalah sesuai dijadikan amalan.

Teringat juga khutbah Jumaat tadi, di mana Khatib menyeru umat Islam supaya merapatkan saf di dalam solat berjemaah. Merapatkan saf di dalam masjid bertujuan merapatkan silatulrahim, dan jika tidak merapatkan silatulrahim, maka Allah akan memutuskannya. Di luar masjid ia bermaksud merapatkan hubungan di kalangan saudara seIslam. Apa yang ketara sekarang ialah di luar masjid pun kita Melayu-Islam, terutama di kalangan para ahli politik, gagal merapatkan saf (hubungan/silatulrahim). Jadi adakah kita orang Islam mahu menunggu sehingga Allah memutuskannya langsung? Fikir-fikirlah...

BLOG: "WORDPRESS BLOGS AT RISK FROM WORM"

Saya baru saja berfikir untuk berpindah ke WordPress blog apabila saya terbaca satu artikel dari ZDNet, sebuah majalah online IT, yang mendedahkan bahawa blog-blog WordPress berhadapan dengan risiko dari sejenis virus worm

Dilaporkan worm ini sedang dalam edaran dan boleh meletakkan malware dan spam ke dalam blog-blog WordPress. Artikel ini selanjutnya menyatakan:
"The vulnerability allowing the attack was discovered on August 11, at which point WordPress encouraged users to upgrade to version 2.8.4. However, many people have yet to upgrade, and reports online indicate the worm is making progress by the hour.
The worm does not affect the current version 2.8.4 and the one prior to it, and it only affects people who host their own WordPress blog. Blogs hosted on WordPress.com are unaffected."
Jadi, bagi para blogger yang menggunakan WordPress, harap segera upgrade kepada versi 2.8.4.

Tiada pula terdapat laporan setakat ini tentang risiko terhadap blog Blogger seperti blog penulis dan kebanyakan blog-blog dalam alam cyber di negara ini.  Mungkin ini disebabkan WordPress telah menjadi semakin popular dan dengan itu mudah dijadikan sasaran oleh hackers.

Monday 5 October 2009

ALTANTUYA: APA KATA ANWAR IBRAHIM DAN RAJA PETRA TENTANG BUKTI INI?



Blog Unspinners, melalui satu laporan dari Malaysia Instinct, telah mendedahkan bukti bergambar bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tiada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.  Gambar di sebelah kiri adalah satu daripada gambar-gambar yang disiarkan di Malaysia Instinct (MI). Rosmah pada masa pembunuhan berlaku berada di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Saya pernah memberi komen tentang hal ini di dalam beberapa blog yang  telah
menyiarkan kisah sensasi negara ini dahulu. Yang kerap ditekankan adalah ketiadaan bukti-bukti kukuh untuk mensabitkan Najib mahu pun Rosmah. Isu ini menjadi senyap seketika dan masih lagi kebanyakan orang lupa bahawa yang beriya-iya dan tidak berhenti-henti menuduh Najib adalah Anwar Ibrahim dan Raja Petra (RPK). Sehingga kini kedua-duanya gagal memberi bukti yang boleh menyelamatkan dua orang (Sirul dan Azilah) dari hukuman gantung. Kegagalan Anwar dan RPK jelas menunjukkan mereka tiada "conscience" dan keperihatian langsung tentang nasib Sirul dan Azilah serta kesannya terhadap Najib-Rosmah dan negara amnya. 

Soalnya mengapa begitu lambat pihak pelapor membuat pendedahan penting ini? Mengikut laporan MI berkenaan, pihak media pun hadir di upacara itu, jadi mengapa mereka juga berdiam diri? Mungkin jawapannya, sebab pada ketika itu Najib masih lagi Timbalan PM. Yang menjadi PM ketika itu adalah Pak Lah dan yang mengawal media adalah orang-orang tertentu di Tingkat 4. Najib sebagai TPM mungkin tidak dapat buat apa-apa dan berita dan gambar kehadiran Rosmah di Majlis berkenaan sengaja disembunyikan. Jika benar, ia sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya. 

Sekarang dengan bukti baru ini, apa pula agaknya reaksi dua penuduh utama, Anwar dan RPK? Mungkin mereka dan lain-lain semacam dengannya akan memilih untuk berdiam diri dan maintain their angelic innocence, atau mereka akan serang balas dengan spin mereka?

Yang lebih penting, adakah pendedahan ini akan menghapuskan "once and for all" segala tuduhan terhadap  Najib dan Rosmah? Adakah ia akan menjadi penutupan muktamad (final closure) kepada espisod yang banyak melibatkan unsur-unsur fitnah ini?

Bagaimana pula di arena kempen PRK Bagan Pinang? Adakah isu pendedahan di atas akan digunakan oleh kedua-dua pihak BN dan PR? Beranikah PR timbulkan isu ini?


Mengikut pelapor MI berkenaan, ada banyak lagi yang akan didedahkan seterusnya nanti. Kita tunggu dan lihat.


Thursday 1 October 2009

ISA SAMAD AND OMAR ONG: DISASTERS IN THE MAKING?

I just came back from my Raya holiday when I heard the shocking (to me, that is) news: Isa as BN's candidate for the Bagan Pinang (BP) by-election, and Omar Ong as a director in the Board of Petronas.

Candidature of Isa 

It never ceases to make one wonder what was Najib - and the UMNO leaders in general - thinking in selecting Isa. Many have already come out not only lauding the choice but also supporting it with lines of reasoning that are easily open to debate. In choosing Isa, they reasoned, the "people first" slogan of 1Malaysia was used. Isa was chosen because this was the choice of the rakyat in BP. I cannot see a more hallow reasoning than this. Which rakyat are they talking about? Rakyat the UMNO/BN voters or rakyat the general voting public in BP? We don't need rocket science to figure out the answer, do we? Even if they are referring to UMNO/BN, how do they know for certain, given the prevailing political climate, that the UMNO/BN supporters in BP will actually vote for BN? 

A case was also made of Isa's good deeds and struggle in the past and, following Anwar's example, of the argument that fielding a tainted candidate is not entirely unacceptable. This is a moot point. We are talking about elections here where the voter's voice is supreme. In the eyes of the voters who will be voting in a prevalent anti-BN mood, good deeds do not necessarily wipe away past misdeeds; the sins of the past do not put things rights by good deeds. Anwar was driving on the coattail of a sweeping anti-BN sentiment in the post-GE 08 period. That sentiment is still prevalent now, and there seems to be no indication that it will go away. In any case, Anwar is a different breed and thus cannot be compared to Isa. Then there was the harsh lessons of failing to choose the right candidates in the Permatang Pasir and Kuala Terengganu by-elections. So why has UMNO remained blind to their failings?  Are UMNO leaders suffering from amnesia? 

Now that Isa is chosen, what can he do to ensure a victory for BN? One of his key tasks is to persuade the anti-BN and on-the-fence voters to swing their votes for BN. But just how is Isa going to do that when he himself is carrying a baggage load of misconducts and is readily exposed to PR's mud slinging? Make no mistake about it: his past misdeeds are indefensible. Already PR has started their attack on Isa. True, the BN machinery can, and will, counter with PR's  own records of wrongdoings, but will they make any difference? Didn't BN do that in Permatang Pasir and in other by-elections, and still lost? Can BN hope to win when its defense is indefensible?

Whatever happens at Bagan Pinang, UMNO faces a lose-lose situation. A win for Isa, whatever the margin of victory, will do nothing to repair UMNO's dented image. Can anyone see comfort in having a tainted ADUN exposed like a sitting duck, and sitting in an assembly of a state where the ruling party's majority is razor thin? And what are his supporters and defenders going to say if he loses? Are they going to come out with the usual predictable excuses when the truth should already be obvious to them. The mistakes they make cannot be reversed, neither are they forgivable. Any effort to deflect the issue or turn the table on PR will be of no consequence. When you have an employee who keep repeating the same mistakes over and over, you can safety conclude that he/she has to be shown the door. So, what can we conclude if we have a behemoth like UMNO/BN, a coalition that has ruled the country for 52 years, keeps repeating the same mistakes?  

Omar Ong 

Omar Ong's appointment was first reported in Rocky's Bru's post and picked up by A Voice and Unspinners. The latter two have presented a convincing case for rejecting Omar's appointment. According to A Voice, "...Dato Seri Najib Tun Abdul Razak vehemently insisted on the appointment beleived (sic) to be at the behest of Omar Ong."

What is puzzling is, what is the real motive(s) for Najib's insistence? It has been said that Najib needs someone he can trust to be in Petronas. This is a hardly plausible explanation. Why does Najib need Omar to get information or whatever he needs from Petronas? He is the Prime Minister, period. Haven't anyone heard of the saying, "whatever the top brass say, goes"?

The appointment at "the behest of Omar Ong"? Now that is a shocker! If true, who then holds the big stick - Najib or Omar? What is it that Omar has in his hands that force Najib to give in? By implication, who will Omar served in his capacity as a Board Director - Najib or other interests (local as well as as foreign)? 

The Omar situation reminds me of the "push and pull" factor that is not only well-known in physics but is also always in play in local and international politics. A leader who wants to "push" for reforms or other positive measures for his country is, at the same time, "pulled" backward or inward because of negative forces. The negative forces can take many forms, such as failed policies in the past, history of personal indiscretions, opposition from within, etc. Is Najib, while always - and sincerely - wanting to push for reforms and other policies for the good of the country, being pulled back by certain negative forces that are privy to Omar and his infamous 4th Floor cohorts?

Whatever Najib's rationale, the government could do well to remember that Petronas is a national concern and there are indisputable national security considerations involved in the running of the organisation. The questions raised above should pose serious security concerns to all those who care about our country. 


What Now? 

Will the above two events signal a pending disaster for BN? I don't want to sound too pessimistic or portentous, neither do I want BN to fail again. The signs are however too ominous. The title of this post could easily be interchanged with "Countdown to Disaster?" or "Final Nail in the Coffin?" It's that deeply worrying.

As regards Omar Ong, I share the same views as A Voice, Unspinners and other like bloggers and individuals, and I fully support their plea to have his appointment rescinded. I strongly urge all bloggers who share the same concern to collectively submit a petition to Najib.