Pages

Monday, 31 May 2010

SENARAI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI YANG HARUS DIGUGURKAN

Blogger Parpukari telah mempamerkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri  di atas yang wajib digugurkan kerana prestasi buruk. Kenyataan beliau:
Ini adalah senarai nama-nama Menteri dan Timbalan Menteri yang harus digugurkan kerana prestasi mereka yang sangat buruk, mereka juga kelihatan tidak bermaya dalam porfolio masing-masing! What a waste! Diharap PM akan meletakkan orang-orang yang lebih berwibawa!

Ayuh kita mulakan kempen ini untuk menguatkan lagi Barisan Nasioanal dan UMNO pada amnya, elok kita tegur secara terus terang dari kita diam membisu, betul tak? Kalau tidak nanti, tau-tau je, esok kerajaan dah hilang! Tegur menegur untuk kebaikan bersama!

Ini cuma pandangan aku, terserah pada korang kalau nak menambah atau memgurangkan nama-nama yang telah aku sebutkan diatas tadi!

Apa pendapat anda?
Blogger OutSyed The Box menambah:
Pendapat saya ialah Perdana Menteri membuang terlalu banyak masa untuk membuat Cabinet Reshuffle. Sudah 15 bulan sejak DS Najib menjadi PM tapi beliau masih kekalkan pelakon Jurassic Park (watak dinosaur) dalam Kabinetnya. Kita tersangat kesuntukan masa menghadapi Pilihanraya Umum yang bakal tiba (dalam tempoh tidak melebihi 24 bulan.)

Apakah segala jentera parti, penyokong dan pejuang akar umbi akan dikerah menghadapi Pilihanraya Umum yang amat kritikal untuk menentukan masa depan negara dengan barisan pemimpin Kabinet yang sebegini lembap dan tidak popular? Apakah kita mempunyai sejenis 'Deathwish' untuk menghancurkan masa depan kita?
Saya sokong penuh senarai ini. Sudah tiba masanya Perdana Menteri menunjukkan sikap seorang pemimpin yang berani dan tegas. Tempoh masa PRU 13 semakin singkat.

Ini mengingatkan saya ucapan Tun Mahathir dalam majlis Wacana Kepimpinan anjuran Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dan Pemuda UMNO Pasir Gudang, pada 29 Mei 2010 di Hotel M-Suite Johor Bahru, yang saya turut hadir. Tun memberi ungkapan "sayangkan pemimpin tegur-tegurkan." Mengikut Tun, apa yang telah berlaku ialah tidak ada yang berani memberi teguran jika pemimpin membuat kesalahan. Selama 5 tahun di bawah pimpinan Pak Lah, tiada yang berani memberi teguran kerana takut. Tun berpendapat, ini bukanlah demokrasi tetapi sistem feudal. Oleh sebab tiada yang berani memberi teguran dan wujudnya persepsi bahawa UMNO tidak lagi bermaya dan lemah, maka wujudlah pertubuhan-pertubuhan seperti PERKASA dan NGO-NGO yang memperjuangkan bangsa Melayu. Tun juga berkata bahawa hari ini sudah tidak ada pemimpin yang berani. (Mungkin Tun menyindir DS Najib supaya tidak bersikap seperti Pak Lah!)

Kata-kata Tun Mahathir ini tentunya memberi inspirasi dan semangat kapada kita para blogger yang cintakan bangsa dan negara untuk memberi teguran kepada pemimpin-pemimpin kita dan seterusnya menyokong kempen menggugurkan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak "perform" ini. Sebaiknya Perdana Menteri gugurkan kesemua ahli Kabinet dan "start with a clean slate (start afresh)."

3 comments:

Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message.