Pages

Friday, 9 October 2009

ILMU UNTUK DIKONGSI BERSAMA DARI SEORANG HAMBA ALLAH

Dari satu email dari seorang rakan, saya perturunkan di bawah tulisan beliau bertajuk "Ilmu untuk dikongsi bersama dari seorang hamba Allah", untuk renungan dan panduan kita bersama. Terima kasih kepada rakan tersebut kerana mengingatkan.
Salam... Saudaraku. Pesanan terbaik dari seorang rakan...
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru-baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya surah Tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, Surah Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada Surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.
Ketiga, kekuatan fizikal. Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Pesanan Pak Cik tersebut amatlah baik dijadikan panduan. Memang benar banyak yang sudah pun mengetahui apa yang disampaikan oleh beliau, tetapi berapa banyakkah yang benar-benar mengamalkannya, terutama di kalangan ahli-ahli politik Melayu-Islam? Jika benar dan ikhlas mereka mengamalkannya, tidaklah terjadinya keadaan politik Melayu-Islam di negara ini yang berpecah-belah tanpa ada jalan penyelesaian.
 
Bagi parti yang berlabel Islam yang nampaknya mengamalkan tabiat hentam-menghentam dan sikap agresif serta tidak menyedari muslihat pihak kafirun, ayat "untukmu agamamu, untukku agamaku" di dalam Surah Al-Kafirun adalah sesuai dijadikan amalan.

Teringat juga khutbah Jumaat tadi, di mana Khatib menyeru umat Islam supaya merapatkan saf di dalam solat berjemaah. Merapatkan saf di dalam masjid bertujuan merapatkan silatulrahim, dan jika tidak merapatkan silatulrahim, maka Allah akan memutuskannya. Di luar masjid ia bermaksud merapatkan hubungan di kalangan saudara seIslam. Apa yang ketara sekarang ialah di luar masjid pun kita Melayu-Islam, terutama di kalangan para ahli politik, gagal merapatkan saf (hubungan/silatulrahim). Jadi adakah kita orang Islam mahu menunggu sehingga Allah memutuskannya langsung? Fikir-fikirlah...

1 comment:

  1. Cerita dah ok ngan surah nya sekali. Tapi nape lah ditambah usul mistik dan tahyul cam pakcik jubah putih plak. Cakap le jumpa member.
    Kenape melayu suka tambah unsur mistik ngan unsur agama?
    Agaknya org melayu suka tengok bende pelik baru percaya cakap org. melayu oh melayu.

    ReplyDelete

Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message.