Blog Unspinners, melalui satu laporan dari Malaysia Instinct, telah mendedahkan bukti bergambar bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tiada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006. Gambar di sebelah kiri adalah satu daripada gambar-gambar yang disiarkan di Malaysia Instinct (MI). Rosmah pada masa pembunuhan berlaku berada di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.
Saya pernah memberi komen tentang hal ini di dalam beberapa blog yang telah menyiarkan kisah sensasi negara ini dahulu. Yang kerap ditekankan adalah ketiadaan bukti-bukti kukuh untuk mensabitkan Najib mahu pun Rosmah. Isu ini menjadi senyap seketika dan masih lagi kebanyakan orang lupa bahawa yang beriya-iya dan tidak berhenti-henti menuduh Najib adalah Anwar Ibrahim dan Raja Petra (RPK). Sehingga kini kedua-duanya gagal memberi bukti yang boleh menyelamatkan dua orang (Sirul dan Azilah) dari hukuman gantung. Kegagalan Anwar dan RPK jelas menunjukkan mereka tiada "conscience" dan keperihatian langsung tentang nasib Sirul dan Azilah serta kesannya terhadap Najib-Rosmah dan negara amnya.
Soalnya mengapa begitu lambat pihak pelapor membuat pendedahan penting ini? Mengikut laporan MI berkenaan, pihak media pun hadir di upacara itu, jadi mengapa mereka juga berdiam diri? Mungkin jawapannya, sebab pada ketika itu Najib masih lagi Timbalan PM. Yang menjadi PM ketika itu adalah Pak Lah dan yang mengawal media adalah orang-orang tertentu di Tingkat 4. Najib sebagai TPM mungkin tidak dapat buat apa-apa dan berita dan gambar kehadiran Rosmah di Majlis berkenaan sengaja disembunyikan. Jika benar, ia sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Sekarang dengan bukti baru ini, apa pula agaknya reaksi dua penuduh utama, Anwar dan RPK? Mungkin mereka dan lain-lain semacam dengannya akan memilih untuk berdiam diri dan maintain their angelic innocence, atau mereka akan serang balas dengan spin mereka?
Yang lebih penting, adakah pendedahan ini akan menghapuskan "once and for all" segala tuduhan terhadap Najib dan Rosmah? Adakah ia akan menjadi penutupan muktamad (final closure) kepada espisod yang banyak melibatkan unsur-unsur fitnah ini?
Bagaimana pula di arena kempen PRK Bagan Pinang? Adakah isu pendedahan di atas akan digunakan oleh kedua-dua pihak BN dan PR? Beranikah PR timbulkan isu ini?
Mengikut pelapor MI berkenaan, ada banyak lagi yang akan didedahkan seterusnya nanti. Kita tunggu dan lihat.

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteHE!HE!HE!
Kita tunggu apa kata DSAI jika beliau berceramah selepas ini..
Wallahualam..