Pages

Wednesday, 30 December 2009

BENARKAH LAPORAN AUTOPSI KEDUA TEOH BENG HOCK SUDAH KELUAR?

Neutral Daily telah menyiarkan satu laporan hari ini bertajuk “Teka-Teki: Siapa Pembunuh Teoh?” (baca di sini),  yang sebenarnya menyalin sepenuhnya laporan Free Malaysia Today yang bertajuk "Laporan pakar sahkan Teoh dibunuh" (baca di sini). Laporan ini dipetik di bawah:
Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

[ Laporan seterusnya boleh dibach di sini atau sini
]
Komen:

Laporan di atas mengundang berbagai soalan. Pertama, sudahkah laporan autopsi kedua Teoh yang rasmi dikeluarkan?

Kedua, kalau betullah bacaan saya ke atas laporan ini, Dr. Pornthip membuat rumusannya sendiri sahaja. Bagaimana pula dengan pendapat pakar-pakar lain yang terlibat sama, iaitu Dr Peter Vanezis, Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Dr Shahidan Md Noor? Tidakkah pendapat mereka wajib diambil kira? Laporan ini hanya tertumpu kepada pendapat Dr Pornthip dan oleh itu ianya berat sebelah dan tidak menyeluruh.

Ketiga, laporan ini juga berdasarkan maklumat dari sumber-sumber Kementerian Kesihatan dan Suara Keadilan PKR. Pendedahan ini membawa soalan, bagaimana Kementerian Kesihatan boleh mendedahkan maklumat yang sepatutnya hanya boleh didedahkan pada 7 Januari 2010 apabila inkues Teoh bersambung? Tidakkah inkues pada 7 Januari adalah masa dan tempat yang sepatutnya untuk menimbangkan laporan autopsi kedua rasmi yang lebih menyeluruh, iaitu laporan yang juga mengandungi pendapat lain-lain pakar yang terlibat? Sepatutnya laporan rasmi inilah yang mengandungi rumusan muktamad pasukan autopsi, bukan setakat pendapat Dr Pornthip sahaja. Laporan Neutral Daily dan Free Malaysia Today di atas, terutama tajuk dari
Free Malaysia Today, dipaparkan seolah-olah ia berdasarkan laporan rasmi dan keputusan muktamad autopsi kedua telah tercapai, walhal ia hanya pendapat Dr Pornthip seorang sahaja. Ini boleh mengelirukan sesiapa yang membacanya.

Keempat, kalau benarlah sumber-sumber Kementerian Kesihatan yang mendedahkan maklumat tersebut, tidakkah ia melanggar peraturan dan juga etika perubatan (breach of medical ethics)? Tidakkah ini bermakna
Kementerian Kesihatan dan Suara Keadilan telah melakukan kesalahan? Bolehkah ia disebut "contempt of court"?

Kita tunggu penjelasan selanjutnya dari pihak-pihak yang membuat laporan ini.

No comments:

Post a Comment

Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message.