Pages

Wednesday, 2 June 2010

PEMBUNUHAN KEJAM ISRAEL DI LAUT DAN PUTARBELIT MEDIA YAHUDI & BARAT




Sudah tersebar luas berita-berita dari blog dan media massa (tempatan dan antarabangsa) tentang serangan Angkatan Tentera Israel (Israeli Defence Forces atau ringkasnya IDF) ke atas kapal Mavi Marmara (milik Turki), satu daripada 6 kapal konvoi Freedom Flotilla yang membawa sukarelawan dalam perjalanan membawa bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Pembunuhan kejam pasukan IDF ini (“Israeli Butchery At Sea” mengikut artikel  di sini) telah membangkitkan bantahan dan kutukan antarabangsa, termasuk di Malaysia kerana penglibatan warga-warganya dalam konvoi tersebut.

Kekejaman tentera Israel ini terserlah apabila, mengikut berita kenyataan saksi (eyewitness account) dari pertubuhan The Free Gaza Movement yang turut mengambil bahagian dalam kumpulan bantuan terlibat, pembunuhan berlaku ketika sukarelawan sedang tidur. Kenyataan The Free Gaza Movement seperti berikut:
Under darkness of night, Israeli commandoes dropped from a helicopter onto the Turkish passenger ship, Mavi Marmara, and began to shoot the moment their feet hit the deck. They fired directly into the crowd of civilians asleep. According to the live video from the ship, two have been killed, and 31 injured. Al Jazeera has just confirmed the numbers. 
Streaming video shows the Israeli soldiers shooting at civilians, and our last SPOT beacon said, “HELP, we are being contacted by the Israelis.” 
We know nothing about the other five boats. Israel says they are taking over the boats. 
The coalition of Free Gaza Movement (FG), European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG), Insani Yardim Vakfi (IHH), the Perdana Global Peace Organisation, Ship to Gaza Greece, Ship to Gaza Sweden, and the International Committee to Lift the Siege on Gaza appeal to the international community to demand that Israel stop their brutal attack on civilians delivering vitally needed aid to the imprisoned Palestinians of Gaza and permit the ships to continue on their way. 
The attack has happened in international waters, 75 miles off the coast of Israel, in direct violation of international law.
Lihat juga video dari laman web Witness Gaza di sini

Hakikatnya, Israel telah menyerang tanpa provokasi konvoi Freedom Flotilla tanpa senjata yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal-kapal tersebut mengibarkan bendera negara-negara asing seperti Turki dan Amerika Syarikat, yang bererti mereka tidak terletak di bawah kuasa Israel selama mereka berada di perairan antarabangsa. Kapal-kapal itu dianggap wilayah berdaulat negara-negara yang mengibarkan bendera masing-masing (these ships are considered sovereign territory of the nations whose flags they fly). Oleh itu, Israel tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengeluarkan perintah kepada kapal-kapal itu, atau untuk menaiki dan merampasnya.

Di bawah undang-undang antarabangsa, apabila sesuatu negara merampas kapal-kapal negara lain dan membunuh para penumpang dan krewnya di perairan antarabangsa, ini merupakan satu tindakan pengistiharan perang. Oleh kerana Israel telah menyerang dan merampas kapal-kapal yang membawa bendera negara-negara asing (Amerika, Turki) di perairan antarabangsa, maka ia juga merupakan serangan ke atas negara-negara tersebut iaitu Amerika, Turki dan juga NATO.

Israel tidak memiliki kuasa undang-undang atas kapal-kapal dari negara-negara lain di perairan antarabangsa. Israel tidak boleh mengeluarkan arahan untuk kapal berbendera asing di perairan antarabangsa. Menjejakkan kaki ke atas mana-mana satu kapal tanpa izin dari kaptennya secara teknikal merupakan tindakan
pengistiharan perang (setting foot on any one ship without the permission of the captain is technically an act of war).

Apa yang berlaku sekarang ialah usaha bersepadu (baca propaganda) Israel, dengan bantuan media barat, untuk memutarbelit (media spin) kejadian pembunuhan beramai-ramai orang yang tidak berdosa. Antara spin mereka (komen saya dalam warna merah):

1. Jurucakap IDF, Avital Leibovich, mendakwa bahawa pegawai-pegawai tentara Israel telah memberi amaran sebelum menaiki kapal Mavi Marmara. Mengikut Leibovich, sebaik saja tentera Israel menaiki kapal itu mereka telah diserang oleh aktivis-aktivis tidak bersenjata dan dirampas senjata-senjata mereka. Kenyataan ini boleh lihat dalam video di sini.

2. Leibovich seterusnya memberitahu wartawan: “We found ourselves in the middle of a lynching. We didn’t look for confrontation but it was a massive attack. What happened was a last resort.” Dakwaan “lynch mob” ini juga dilaporkan dalam akhbar-akhbar Israel Jerusalem Post dan Haaretz.

Dakwaan-dakwaan di atas disangkal oleh gambar video di sini. Oleh sebab komando Israel terlibat dalam tindakan yang menyerupai “piracy on the high seas,” maka para sukarelawaan berhak melindungi kapal-kapal dan kargo mereka.

3. Untuk menyokong dakwaan di atas, IDF telah menyiarkan video bertajuk “Demonstrators Use Violence Against Israeli Navy Soldiers Attempting to Board Ship” yang menunjukkan mereka diserang setelah menaiki kapal berkenaan.

Dakwaan ini tidak masuk akal kerana ia tidak menyebut fakta bahawa tentera Israel telah menaiki kapal yang berada di luar wilayahnya secara agresif dengan bantuan helikopter tentera dan ashkar IDF bersenjata berat, sebelum para aktivis melakukan sesuatu. Realitinya, video tersebut tidak membuktikan apa-apa kerana ia diambil jauh di udara dan hanya melihatkan pergerakan orang seperti semut, dan dengan itu tidak apa yang boleh ditafsirkan darinya. Komen-komen telah dipadamkan dari video itu untuk mencegah orang dari membuat kritikan. Mengikut kenyataan seorang warwatan di dalam laporan Al Jazeera di sini, video tersebut hanya menyiarkan apa yang Israel mahu orang lain lihat; ia tidak menunjukkan apa yang berlaku sebelum atau selepas 60 saat dari kejadian serangan.

4.  Mengikut kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, di dalam laporan Jerusalem Post di sini, walaupun ia menyesal atas kehilangan nyawa, penganjur-penganjur bantuan kemanusiaan bertanggung jawab penuh ke atas kejadian serangan IDF yang mengorbankan nyawa. Maksudnya pihak Israel meletakkan kesalahan bukan kepada diri tetapi kepada orang lain (penganjur). Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi sokongan penuh kepada tentera Israel dan Laksamana Tentera Laut Israel Eliezer Marom memuji “keberanian” komando-komando IDF, seolah-olah mereka adalah pahlawan berani (brave heroes).

Mereka bukanlah "brave heroes", sebaliknya mereka adalah penjenayah perang. Mereka telah membunuh dengan kejam orang yang tidak bersalah yang berusaha membawa makanan dan bekalan ke Gaza (Gaza telah berada di bawah kepungan Israel selama tiga tahun terakhir). Kumpulan hak asasi manusia telah menggelar situasi ini sebagai "hukuman kolektif" (collective punishment), yang menyerupai pengganasan tentera rejim Nazi semasa Perang Dunia 2 ke atas bandar-bandar dan penduduknya sebagai balasan terhadap serangan kumpulan-kumpulan penentang. Mana-mana tentera yang membunuh orang yang tidak berdosa tidak boleh dipanggil wira berani!

5. Dalam laporan akhbar Haaretz di sini, Perdana Menteri Isreal, Benjamin Netanyahu, mengatakan bahawa tentera Israel berhak melepaskan tembakan demi untuk membela diri, maksudnya mereka memiliki hak untuk mempertahankan diri (right to self-defense).
 
Adakah Netanyahu bermaksud para sukarelawan yang membawa bekalan yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk Gaza tidak langsung mempunyai hak untuk mempertahankan diri atau rakan-rakan mereka, selepas diserang di perairan antarabangsa oleh komando (pengganas) Israel? Menyerang kapal-kapal berbendera asing di perairan antarabangsa bukanlah "membela" diri; ia merupakan tindakan perang (act of war) dan kapal-kapal tersebut, ketika diserang, tentu sekali mempunyai hak mempertahankan diri. (Attacking foreign-flagged ships in international waters is not "defending" yourself; it is an act of war and such foreign-flagged ships in international waters, when attacked, can reasonably be expected to defend themselves).

6. Untuk menyokong hujah “self-defense”, Israeli telah menggunakan propaganda spin mereka. Satu daripadanya adalah laporan akhbar Haaretz di sini. Laporan ini pada asalnya menunjukkan gambar seorang sukarelawan (didakwa aktivis sayap kiri) yang berada atas kapal dan memegang pisau selepas tentera Israel menaiki kapal pada 31 Mei 2010. Perhatian: Malangnya gambar ini telah dibuang sehari selepas disiarkan. Bagaimana pun, ia boleh dilihat di sini - skrol ke bawah untuk cari tajuk “Israeli Propaganda Resorts To Misleading Photo To Claim Self-Defense.”
 
Perhatikan dari gambar di sebelah kanan yang mendakwa sukarelawan tersebut memegang pisau untuk menangkis penyerang Israel. Faktanya, tentera Israel menyerang kapal berkenaan pada jam 4.00 pagi, iaitu dalam keadaan yang masih gelap. Tetapi tingkap di bahagian belakang gambar menunjukkan siang hari. Jadi gambar ini diambil pada siang hari!

7. Dakwaan yang paling menggerunkan ialah
Israel telah memberitahu Amerika and Britain bahawa konvoi kapal terlibat membawa senjata nuklear. Israel mendakwa senjata nuklear ini telah dicuri oleh sukarelawan untuk melancarkan serangan teroris ke atas Israel. Ancaman senjata nuclear inilah yang mecetuskan serangan Israel ke atas konvoi kapal. Dakwaan ini terkandung dalam artikel di sini.

Dakwaan ini disangkal oleh penulis artikel yang sama. Mengikut penulis tersebut, senjata nuklear yang dicuri itu sebenarnya telah berada dalam tangan Israel selama 18 tahun. Dakwaan palsu senjata nuclear dicuri  ini telah digunakan oleh Israel secara berulangan di masa-masa lepas dan dalam scenario yang berbeza-beza. Ia digunakan oleh tentera Israel dalam kejadian serangan ke atas konvoi kapal pada 31 Mei 2010 untuk mengukuhkan lagi dakwaan “self-defense” mereka.

Propaganda memutarbelit fakta melalui media ini bukanlah perkara baru. Ia sudah pun digunakan oleh rejim Israel berkali-kali dalam serangan-serangannya ke atas Palestin di masa lepas, yang akhirnya akan dilupai. Perkara yang sama akan turut terjadi kepada serangan pada 31 Mei 2010 – ia akhirnya akan lenyap dan dilupai. Israel tidak akan mengundur atau mengakui kesalahan mereka. Walau pun berhadapan dengan kutukan di serata dunia, Israel akan terus berkeras mendakwa bahawa mereka adalah benar dan orang lain salah. Ketiadaan rasal kesal atau bersalah inilah yang menyemarakkan api kemarahan dunia. Namun mereka tidak kisah. In the end, the Israelis will get away with murder - repeatedly!

1 comment:

  1. Israelis are terrorist of the world since they have the license to kill Muslims without any fear in Gaza with the support from America.

    Apostate and tithe.

    ReplyDelete

Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message.